Rabu, 16 September 2015


 

1.0   PENGENALAN


Usaha kerajaan untuk membangunkan IKS telah bermula sejak zaman penjajahan lagi.Usaha ini diteruskan selepas kemerdekaan.Kepentingan IKS sering diakui dan diberi sokongan oleh kerajaan.Penekanan terhadap sektor ini berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan desakan semasa.  Industri kecil dan sederhana dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar.Peranan dan sumbangan industri kecil dan sederhana oleh pelbagai pihak semakin tinggi.Pelbagai program dalam meningkatkan pembangunan industri kecil dan sederhana turut dirangka dan dilaksanakan baik oleh agensi dan institusi kerajaan mahupun swasta dalam mempastikan perkembangan pesat industri kecil dan sederhana selaras dengan pertumbuhan yang baik dalam ekonomi negara.IKS memberi peluang yang baik untuk merangsangkan kegiatan keusahawan .Bekas Perdana Menteri,Datuk seri  Dr.Mahathir Mohamad turut mengakui hakikat ini.dalam kertas ucapan “Malaysia: The Way Forward”,beliau yakin bahawa IKS menjadi medan asas kepada kelahiran usahawan - usahawan pada masa depan.Kekuatan IKS boleh dilihat dari sudut pembangunan keusahawan ,penyediaan peluang pekerjaan ,pengagihan pekerjaan,pengagihan pendapatan ,penggerak tabungan,penyediaan tapak latihan ,penciptaan pendapatan,penggunaan sumber tempatan,pembentukan modal tambahan,penggunaan modal secara ekonomik dan pelengkap kepadad industri besar.Pada masa kini,pembangunan IKS di luar bandar mendapat sambutan yang agak rendah berbanding dengan industri-industri di kawasan Bandar.Kepakaran dan modal pelaburan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia di kalangan IKS di luar Bandar agak rendah.Ini memberi halangan penting ke arah pembangunan dan perkembangan IKS negara yang lebih kompetitif dan berwibawa.Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mewujudkan pelbagai agensi untuk membangunkan IKS di luar Bandar.

 



2.0  DEFINISI  INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

IKS ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil berbanding
dengan industri multinasional yang besar.IKS merupakan satu
proses pembuatan , pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah kepada barang-barang siap terlibat.IKS menghasilkan peralatan dan komponen untuk industri berat dan merupakan syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM25 juta.Pekerja sepenuh masa juga tidak melebihi 150 orang .

 

Industri kecil :

-          mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja

-          memiliki nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM10 juta

 

Industri sederhana :

-            mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 51 hingga 150 orang pekerja

-          memiliki nilai jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM25 juta

 

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz aset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendifenisikan IKS sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi S$8 juta (bagi sektor pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan).


Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan di definisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

3.0  DATA PENGELUARAN PRODUK IMPORT DAN EKSPORT

 

 

                     10 produk utama eksport Msia 2014 & 10 produk utama import Malaysia 2014


 

 

4.0 TAHAP PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR

 

v  Tahap pembangunan IKS luar Bandar di Malaysia tidak begitu berjaya.

 

v  Banyak bukti menunjukkan pembangunan sumber manusia mampu meningkatkan produktiviti dan prestasi sesebuah organisasi dan selanjutnya meningkatkan kadar pertumbuhan sektor serta pertumbuhan nasional.

 

v  Sektor industri  kecil atau sederhana (IKS) di Malaysia menyumbangkan nilai pengeluaran atau nilai ditambah yang rendah secara relatifnya tetapi IKS membentuk sebahagian besar daripada syarikat pembuatan.

 

v  Salah satu faktor yang menyebabkan rendahnya nilai ditambah adalah produktiviti buruh yang rendah yang disebabkan kemahiran yang rendah.

 

v  Bagi meningkatkan kemahiran buruh, tingkat pencapaian modal manusia mereka perlu ditingkatkan melalui pembangunan sumber manusia.

 

v  Bertujuan untuk melihat tahap pembangunan sumber manusia dalam IKS, dan sama ada pembangunan sumber manusia mempunyai hubungan dengan prestasi firma.

 

v  Tahap pembangunan IKS luar bandar di Malaysia agak kurang memberangsangkan kerana teknik pengurusan yang tidak teratur, kekurangan bahan-bahan mentah dan para pekerja yang kurang terlatih.

 

v  Aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan bandar dan juga sebagai pendapatan tambahan melalui pembangunan kampung yang boleh menggunakan sumber-sumber seperti pekerja setempat.


 

5.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

 

Kepentingan  dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara. IKS merupakan salah satu sektor yang mampu menyumbangkan sejumlah kecil kepada KDNK negara. Ini menunjukkan IKS mampu untuk dikembangkan lagi dan boleh diterokai agar bidang ini mampu memberikan lebih banyak sumbangan kepada negara disamping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepamasyarakat. Keadaan ini mampu mengurangkan sedikit peratus pengangguran. Selain itu juga, IKS mampu menjadi teras kepada proses perindustrian negara. Perkembangan IKS yangsemakin ramai menceburinya, boleh meningkatkan daya saing negara seterusnya setiap pengusaha akan berusaha meningkatkan industri masing-masing dengan persaingan sihat.Pada keseluruhannya IKS merupakan industri antara bahagian yang memainkan peranan penting dalam mencapai wawasan 2020.

    

 IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan,megembangkan dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan industri negara.Pembangunan ekonomi menghubung dan menggabungkan ekonomi negara ini dengan perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa.Pembangunan industri negara bergantung kepada pengeluaran barangan untuk dieksport.kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar.  Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.  Sebagai contoh  kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan  dan lain-lain lagi.  Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.Ini menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.

               

Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang ramai.Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.Para pekerja  akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang tersebut. IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran.

 

 IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil  pertanian, perikanan atau perhutanan.Kilang membuat keropok memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan  perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara   tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin  meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. IKS ini dapat meningkatkan ekonomi di negara kita.

 

 IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli  kraftangan untuk dibawa pulang ke negara mereka. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh pasu bunga, batik, songket, tikar, bakul dan sebagainya. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk  membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah  kepada rakan-rakan dan keluarganya. Kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia  akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ia meningkatkan imej dan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

 

IKS memberi sumbangan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara melalui menjalinkan hubungan mereka dengan firma besar dengan syarikat antarabangsa.Hubung jalin yang tersusun dapat menjamin penerusan,perkembangan dan kejayaan IKS  baik dari segi meringankan beban capital,kos pengurusan,pengangkutan dan pemasaran.Hubungjalin yang sesuai penting dari segi perpindahan teknologi,peningkatan kualiti barangan,produktiviti,latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerja bagi mempercepatkan pembinaan perindustrian negara dengan lebih baik. IKS telah memberi sumbangan dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap.  IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing. Selain itu mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.


IKS perlu membuat jaringan perniagaan yang meluas merangkumi jaringan dengan sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini adalah pelengkap kepada industri IKS. Tanpa kerjasama dari dua sektor ini, IKS tidak mampu berkembang  maju.


Hal ini demikian adalah penting kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri. Penglibatan IKS yang aktif dan dalam pelbagai sektor juga membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas sekiranya terdapat penarikan operasi dan pelaburan dari sektor swasta dan awam.


Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh dapat mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan firma besar. Pembuatan barangan makanan, pakaian dan alatan perabot daripada industri kecil sekurang-kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri.


Tidak dapat dinafikan juga bahawa IKS juga dapat mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan barangan sebahagian besar golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam industri tertentu seperti pembuatan makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah, pakaian, peralatan perabot dan seumpamanya.


Dengan itu melalui Dasar Ekonomi Baru  yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini juga menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai tinggi. Dengan cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.


Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna.

 

 

 

6.0  HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH  IKS LUAR BANDAR

 
Salah satu cabaran IKS dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara adalah kekurangan modal untuk memulakan operasi. Modal tersebut merangkumi tanah, jentera dan buruh. Umumnya, semua faktor tersebut diperlukan oleh usahawan. Kerajaan biasanya akan membantu usahawan yang berdaya maju. Contohnya bantuan yang berbeza di antara usahawan sos cili dengan usahawan Nestle. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat  pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini.

 

 

Cabaran yang seterusnya , dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan latihan pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di kawasan luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha –pengusaha yang kurang berpendidikan. Mereka menggunakan teknologi teknologi yang rendah kerana tidak memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini. pengusaha-pengusaha yang kurang berpendidikan, mengamalkan cara pemikiran yang lama serta tidak berpandangan jauh. Mereka menggunakan teknologi yang rendah kerana tidak memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini. Ilmu pengetahuan yang diperoleh menerusi kursus yang dihadiri adalah penting untuk pengusaha IKS menguruskan perniagaan dengan lebih teratur yang akan membantu mereka lebih maju dalam perniagaan yang diceburi.

 

IKS berhadapan dengan cabaran kesukaran untuk mempertahankan perhijrahan tenaga kerja mahir. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan dan menjadi tulang belakang IKS. Lazimnya tenaga kerja yang mahir akan meninggalkan IKS untuk menyertai firma-firma besar yang menawarkan gaji yang  lumayan dengan pelbagai insentif pula. Sesungguhnya, untuk mengekalkan seseorang pekerja mahir bukanlah sesuatu yang mudah. Dapatan kajian telah membuktikan penghijrahan golongan muda ke bandar juga telah mengakibatkan ramai petani terdiri daripada golongan yang lanjut usia

 

 

Selain itu,cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah  dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.

 

IKS menghadapi cabaran skla perolehan pendapatan yang kecil yang berpunca daripada kekurangan teknologi. Contohnya penggunaan jentera yang lama dan kuantiti pemprosesan yang kecil. Ini bermakna kuantiti pengeluaran adalah sedikit dan margin keuntungan adalah kecil. Izharnya, IKS tidak akan berdaya maju jika teknologi tidak sering dengan perubahan masa.

 

Seterusnya, cabaran yang dihadapi IKS ialah suasana tempat kerja yang kurang kondusif dan inovatif. Teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Semua kerja terpaksa dibuat secara manual atau separa manual dan menggunakan tulang empat kerat. Ushawan sentiasa mendesak pekerja untuk bekerja lebih masa untuk meningkatkan produktivi dengan pendapatan tidak seberapa. Akhirnya, pekerja-pekerja IKS mula beralih ke sektor kerja yang lebih baik.

 
 

7.0 SISTEM SOKONGAN IKS LUAR BANDAR


Di Malaysia, kerajaan mengambil inisiatif utama dalam membantu sektor perniagaan kecil. Peranan kerajaan dapat dilihat melalui penubuhan kementerian khas iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam dan sebuah badan berkanun SMIDEC atau Small Business Development Corporation di bawah Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antara-bangsa. Kedua-dua institusi ini bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewangan dan pencukaian bagi menyelaraskan sistem bantuan sokongan kepada perniagaan kecil dan sederhana. Bantuan-bantuan sokongan yang disediakan mengenakan beberapa syarat tertentu dengan tujuan menjamin keberkesanan sesuatu skim yang ditawarkan. Syarat-syarat ini boleh jadi dalam bentuk jaminan dan pengalaman dalam bidang perniagaan atau sasaran-sasaran kegiatan ekonomi yang diberi keutamaan oleh pihak kerajaan.

 

Pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan IKS luar bandar turut dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan perkembangan pesat IKS luar bandar di negara ini. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan IKS kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam bentuk program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan mendidik bakal usahawan.


Pelbagai karnival anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga memberi sokongan terhadap IKS luar bandar.  Ini merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan produk tempatan berasaskan pertanian, selain hasil kraf tangan unik sebagai cenderamata bagi tarikan pelancong. pengusaha IKS khususnya di kawasan pedalaman disarankan merebut peluang bagi memperbanyakkan pengeluaran produk bermutu termasuk hasil kraf tangan berciri tempatan. Penganjuran karnival sebegini ini adalah sebagai medan untuk memasarkan produk masing-masing dan bagi orang ramai, mereka boleh membeli produk berkaitan sebagai sokongan kepada para pengusaha IKS luar bandar di negeri ini

 

Seterusnya, kerajaan persekutuan dan negeri terus memberi sokongan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), penyediaan khidmat pengembangan dan bimbingan meliputi bidang-bidang pembungkusan, pemasaran dan pengedaran, galakan untuk menceburi IKS luar Bandar serta kemudahan kredit.

 

Kerajaan turut menyediakan peluang bagi mereka menerokai pasaran dalam dan luar negara menerusi pameran dan promosi produk yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan kerajaan negeri. Agensi kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan.


 

8.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR

 

Langkah pertama membangunkan IKS adalah intensif yang menggalakkan pengusaha IKS terutamanya di luar bandar beralih daripada cara tradisional kepada teknologi moden. Pengusaha IKS di luar bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan mereka dapat diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif bagi pengusaha IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan.

 

Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif dan program untuk menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan IKS kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam bentuk program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan mendidik bakal usahawan.

 

Sesebuah IKS akan maju jika diberi pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Oleh kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan. Dengan adanya pinjaman tersebut, IKS dapat  membangunkan perusahaan mereka terutamanya kepada perusahaan-perusahaan yang masih dalam peringkat untuk berkembang sehingga ke tahap global. Disamping itu juga, pinjaman yang disediakan membantu untuk membuka peluang kepada golongan IKS yang sedia ada mengembangkan perniagaan mereka selain dapat memenuhi keperluan dalam memulakan perniagaan baru. Sebagaimana yang kita telah ketahui, IKS sering dikaitkan dengan kekurangan dana untuk membeli teknologi.

 

Bagaimanapun, ini semua akan berubah dengan adanya bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada IKS. Hasrat kerajaan untuk melihat IKS terus berkembang maju menyebabkan pinjaman dari segi kewangan dipermudahkan dan dipertambahkan dalam jumlah yang lebih banyak. Usaha ini secara tidak langsung akan membantu memberi impak yang positif kepada ekonomi Negara.

 

Kerajaan terus memainkan peranan aktif dalam membangunkan IKS menerusi pelbagai program dan aktiviti. Dalam usaha ke arah mewujudkan dan membangunkan usahawan yang dinamik dan berpengetahuan, kerajaan telah menganjurkan kursus dan latihan kepada IKS terutamanya untuk usahawan yang berpotensi dan sedia ada. Kursus dan latihan yang diberikan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan pekerja untuk memastikan IKS memiliki kumpulan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan terutamanya dari segi pengurusan. Agensi yang terlibat dalam kursus dan latihan ini kebiasaanya dibuat oleh pihak TEKUN dan MARA, kerana agensi ini amat memberi peranan dalam latihan dan kursus yang dibuat untuk usahawan IKS, seperti kursus dan latihan pembungkusan, kewangan, kepimpinan, pengurusan, dan sebagainya. Walaupun mempunyai dana yang mencukupi, perusahaan IKS tidak mungkin berjaya sekiranya tidak mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam menguruskan perusahaan. Dengan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, pekerja dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti organisasi. Kursus dan latihan yang disediakan penting bagi membolehkan sesebuah organisasi berkembang menjadi syarikat yang berjaya dalam peringkat domestik serta dapat melangkau ke peringkat serantau dan global.

Kerajaan turut menawarkan khidmat nasihat perniagaan yang komprehensif kepada IKS supaya IKS mendapat khidmat nasihat yang berkualiti tinggi dan lebih baik berbanding sebelumnya terutamanya dalam bidang pemasaran, pengurusan dan operasi. Perkhidmatan yang telah ditawarkan kepada IKS adalah dalam semua peringkat kitaran perniagaan bagi membantu mereka berkembang dan mencapai kecemerlangan dalam aktiviti perniagaan. Terdapat beberapa agensi yang menyediakan khidmat nasihat kepada IKS. Antaranya ialah seperti SMIDEC, MARDI dan MARA. Tujuan khidmat nasihat ini disediakan adalah dengan tujuan untuk memberi panduan kepada IKS tentang cara menguruskan perniagaan dengan lebih baik terutamanya dalam persekitaran kos yang semakin meningkat dan lebih sukar pada masa kini. IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang berkesan untuk menguruskan perniagaan dan secara tidak langsung membantu bagi mengukuhkan operasi perniagaan IKS. Selain itu, IKS boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai bagi menangani masalah yang dihadapi dalam perniagaan dan memperbaiki proses pengurusan. Dengan adanya khidmat nasihat tersebut, pengusaha IKS akan lebih bermotivasi dalam menjalankan perniagaan serta dapat menghasilkan idea yang lebih kreatif untuk diaplikasikan dalam perniagaan pada masa depan.

 

Kerajaan turut menyediakan infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong pertumbuhan IKS terutamanya kepada IKS di kawasan luar bandar. Antara kemudahan yang disediakan ialah kilang dan bengkel, penyediaan  subsidi tanah, subsidi mesin dan subsidi pengangkutan dan sebagainya. Kemudahan ini disediakan adalah dengan tujuan untuk memberi keselesaan dan memudahkan lagi proses perniagaan IKS dijalankan. Malah kemudahan tersebut juga memberi peransang kepada IKS dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan organisasi. Sebagai contoh, melalui penyediaan tanah oleh kerajaan, pengusaha IKS boleh memanfaatkan kemudahan tersebut untuk dijadikan sebagai tapak perniagaan atau sebagai tempat untuk menghasilkan bahan mentah sendiri. Dengan itu, pengusaha dapat mengurangkan kos di mana sekiranya IKS sudah mempunyai tapak atau bahan mentah sendiri maka pengusaha tidak perlu lagi mengeluarkan dana untuk membayar sewa dan kos untuk bahan mentah.

 

Dari segi penggunaan mesin pula ia boleh meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik, dimana ia amat mempengaruhi pemasaran untuk pembekalan yang berterusan. Dari segi pengangkutan pula ia memudahkan untuk ke satu kawasan ke kawasan yang lain, dimana ia amat membantu dalam penghantaran bekalan dan memperolehi bekalan dengan cara yang lebih berkesan.

 

Bagi  memudahkan dan membantu IKS dalam perniagaan, kerajaan turut mengadakan kempen yang bermatlamat untuk mempromosikan dan memperkukuhkan kepentingan jenama IKS. Agensi yang bertanggungjawab dalam kempen ini ialah SMIDEC dan MARA. Penubuhan kempen ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan pembangunan IKS di Malaysia. Ini akan menggalakkan pengusaha IKS untuk memanfaatkan penjenamaan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan ke peringkat yang lebih tinggi. Kempen yang dijalankan ini akan dapat membantu IKS dalam membangunkan dan mempromosikan jenama keluaran mereka disamping dapat mempamerkan produk kepada orang awam melalui iklan-iklan di internet, radio, surat khabar, kain rentang dan sebagainya. Dengan menyertai kempen tersebut, ini menunjukkan IKS sentiasa berusaha secara berterusan untuk memenuhi permintaan pelanggan dari segi produk dan perkhidmatan yang disediakan.


 

9.0  KESIMPULAN

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar harus diberikan keutamaan kerana industri ini merupakan sektor yang paling penting dalam menyokong dan meningkatkan taraf perindustrian di Malaysia. Pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa program seperti galakan pasaran, kemudahan, kewangan, insentif, infrastruktur, sokongan tekinkal juga P&P.Pembangunan IKS luar bandar ini memberi manfaat kepada masyarakat dan juga negara.Barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga peringkat antarabangsa. Di negara maju, Usahawan IKS Luar Bandar berupaya untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan dapat membantu industri besar dalam memacu pembangunan ekonomi negara mereka. Justeru IKS Luar Bandar di Malaysia dilihat dapat memberikan sumbangan dan impak yang besar kepada rantaian ekonomi Negara.

Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan IKS luar bandar. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar Negara.Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, IKS luar bandar bukan sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.


Usahawan IKS Luar Bandar diharapkan dapat terus membantu pembangunan dan perkembangan ekonomi negara yang mampan melalui bantuan dan sokongan dalam sektor IKS Luar Bandar.

 

10.0  LAMPIRAN




 

 
11.0  RUJUKAN

 


 Perdana Leadership Foundation. ( 2008).IKS memacu ekonomi negara Retrieved from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/6276-iks-memacu-ekonomi-negara.html

 Cikgusue.(2013) .Cabaran IKS di Malaysia Retrieved from
http://pengajianamprausmkas.blogspot.my/2013/01/iks-cabaran-iks-di-malaysia.html


Moha Asri Hj. Abdullah.(n.d). Pertumbuhan Sektor Perkilangan dan Peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia Retrieved from
http://znr.tripod.com/rencana3.htm